Tuesday, December 27, 2005

Sejenak Daku Terfikir...[hmm..]..

Jauh kuberjalan menyusuri sungai berliku
Langkah demi langkah kujangkaukan
Hati bersenandung girang menyanyikan lagu syahdu
Segala keresahan kulupakan

'Pabila sejenak kuterfikir,
Kusedari..dimanakah aku?
Ke hulu? Atau pun ke hilir?
Ke manakah arah yang ku tuju?..sejauh manakah perjalananku?

Tanpa petunjuk, kusesat
Tiada peta, tiada petanda
Terpadamlah semangat
Terputuslah asa

Itulah gunanya matlamat
Janganlah membabi buta sahaja, nanti hidup tak berkat
Bila dah 'panic' tu mulalah gamat
Sajak ni pun dah nak tamat, apa hok kawe' pesan tu mestilah ingat!

-ditujukan khas for my brother:-)-

1 comment:

royce said...

bagus sajak ni