maaf, entri kali ini berbaur rojak dan tidak formal sama sekali. berhenti sejenak meluahkan perasaan terbuka.
kerja bertambun itu memanglah, tidak boleh dinafikan. mula rasa tekanan masa dan kerja. walau bagaimanapun, aku cuba sedaya upaya untuk sentiasa updated dengan kerja.
minggu ketiga ini nyata sudah menimbulkan kesan-kesan kepenatan pada diriku. hari Isnin, walaupun kutidur awal, tetapi silap tersedar lambat sedikit sahaja daripada biasa terpaksa beratur untuk menaiki bas. nyaris lambat dibuatnya. pada hari yang sama juga ada masa pembelajaran di makmal, maka berlari-lari pula ke makmal di main kampus daripada wisma subang jaya. kemudian pada petangnya pula, kelas tambahan bahasa Inggeris bermula, sesudahnya kelas tersebut, berlari pula ke main kampus untuk audition. Audition pula disuruhnya menari. rasanya tidak layak barangkali.haha.
sebelah malamnya pula, ada program kerohanian di surau. honestly, aku tidak ikhlas berada di situ kerana hati gusar memikirkan lambakan kerja yang masih belum disiapkan. jadi, separuh jalan dalam program, aku meminta izin meninggalkan majlis. dalam perjalanan, aku berasa serba salah, lantaran terbuku perasaan refleksi diri yang membuak-buak di benak.
aku mengakui aku tidak sempurna. aku tidak biasa mempraktikkan diri dengan aktiviti rohani ini. bukan aku tidak tahu signifikan keperluan rohani ini dalam hidup, kerana sudah banyak kali dididik di sekolah dulu. kadang kala rasanya seperti belajar sekadar untuk lulus periksa sahaja, tetapi sekurang-kurangnya kini, aku sudah sedikit sebanyak sedar kepentingannya, walaupun masih agak sukar untuk mempraktikkannya secara istiqamah.
mengapa masih ada 'bisikan-bisikan' halus dalam kepala ini?
dulu aku memandang enteng golongan 'beragama' ini kerana ramai daripada mereka yang pada pandanganku pada masa itu pincang dan berfikiran tertutup. Kolot. Pernahku gunakan perkataan itu. Yang bertudung tetapi masih melakukan perbuatan serong juga aku jeh. Pada pandanganku tiada guna sahaja. Disangka baik, tapi masih juga melakukan perkara-perkara buruk itu. malahan kadangkala lebih buruk daripada orang yang kurang ilmu agamanya.golongan ini suka betul condemn orang kerana tidak mengikut 'norma' mereka. men-cop itu ini kafir dan un-Islamiclah. "kau tidak paki tudung, macam orang kafir. macam bukan orang Islan.nanti kau masuk neraka." aku memandang golongan ini golongan yang angkuh, kerana ada di antara mereka memandang rendah orang yang kurang ilmu agamanya.
semasa aku di sekolah rendah dulu juga, aku kurang menyenangi golongan ini. aku tidak memakai tudung itu satu sebab, satu sebab yang lain golongan ini juga kurang menyenangiku juga kerana aku kerap berbahasa Inggeris. mereka menuduhku membangga-banggakan bangsa Barat yang beragama Kristian. apa kaitannya bahasa dengan agama? bukan bermaksud aku menganuti agama Kristian. bagaimana pula orang Muslim di negara-negara Eropah? adakah mereka murtad kerana berbahasa Inggeris? rasanya tidak salah untuk berbahasa Inggeris lebih-lebih lagi untuk membincangkan hal-hal agama. Bahasa Inggeris bahasa universal, mungkin boleh digunakan sebagai media untuk berdakwah kepada orang Barat agar mendekati Islam.
tetapi kini, aku sudah mengenali berbagai jenis orang. bukan semua 'golongan beragama' itu seperti yang disangka pada awalnya. ada juga yang betul-betul hebat orangnya. yang sememangnya berfikiran terbuka dan berfikiran kehadapan. tetapi orang-orang ini jarang jumpalah. ada juga yang baik dan berbudi bahasa, tidak dinafikan. persepsi asal aku tentang stereotaip golongan ini sedikit sebanyak mengalami perubahan ke arah yang lebih baik, kerana aku mula menyedari kepentingan agama sebagai panduan hidup. alhamdulillah, aku bersyukur sekarang aku tahu juga menutup aurat, solat, dan mengamalkan tuntutan-tuntutan agama yang paling minima.
baru-baru ini sahaja baru aku dikhabarkan dengan kekuasaan Tuhan.aku tidak berjaya mendapat apa-apa biasiswa, mujur sahaja berkat usaha dan doa, berjaya juga aku berada di sini.
mengapa liat sangat mahuku dekatkan diri dengan Tuhan? bukankah kalau aku lebih menjauhkan diri lagi sukar untuk aku mendapat pertolongan dan hidayat-Nya?
tidak terbayang aku nanti bulan ramadan ini bagaimana. dengan kesibukan yang semakin menggila, malam sahaja waktu yang ada untuk menyiapkan segala-galanya. bulan ramadanlah masanya untuk melakukan ibadat sunat seperti solat tarawikh. takkan aku nak sia-siakan peluang ini untuk beribadat demi kerja? tetapi bila pula masa untukku melakukan kerja tersebut?
di sekolah dulu pun memang aku selalu masuk kes disiplin berkaitan keagamaan ini. entahlah. aku ni memang liatlah. perasaan memberontak itu sentiasa membara dalam jiwa.tetapi bab-bab pergaulan aku tidaklah liar mana, cuma yang berkaitan dengan amalan, menghadiri usrah dan program-program ini. uhh..berat sungguh untuk dilakukan. memang aku selalu dipaksa. ya, memang aku mengaku, aku dulu tidak menjaga solat. sekarang sekurang-kurangnya aku tahu juga solat lima waktu, walaupun masih ada dua tiga kali juga tertinggal sana sini. tapi aku bersyukur, aku masih ada keinginan dan usaha untuk membaiki diri, walaupun di dasar hati aku tahu aku mampu untuk melakukan yang lebih baik.
tetapi apabila berkaitan dengan ceramah, usrah, program-program yang memang mengambil masa sedikitlah, aku masih payah untuk mengikhlaskan diri. bukan aku tidak tahu, dapat pahala sekiranya menghadiri majlis ilmu. ya, aku tahu.
tetapi akibat kekangan masa dan tuntutan dunia, aku menjadi serba salah.
kawanku membandingkan aktiviti ceramah Agama ini dengan ceramah kesihatan. Pada hematnya, kerja sekolah juga perlu diberi keutamaan.
Aku sentiasa berdebat dengan diriku sendiri. debat itu tidak pernah berakhir. sampai ke saat ini pun, aku kadangkala masih terasa bahang debat itu.
ya, manusia sering lupa, kadangkala kita memerlukan tazkirah dan sebagainya. sekiranya kita menghadiri majlis ilmu dengan niat yang ikhlas, insyaAllah kita dapat memanfaatkannya, Tuhan akan membantu kita. kita perlu luangkan masa untuk melakukan aktiviti ini, tetapi jika masa itu juga diperlukan untuk kerja.
sebelah akan mengatakan: "seimbangkan amalan dunia dan akhirat."
sebelah lagi akan kata: "masih ada cara lain lagi untuk memantapkan Iman. bukankah ada masa luang lain? sekarang masa tidak luang. Priority ialah kerja."
sampai sekarang aku masih ingat di sekolah dulu, namaku pernah tersenarai untuk program selepas Isya' pada setiap malam untuk 40 hari. Program itu selalunya berakhir lebih kurang pukul 9.30.maka memendekkan masa prep. tidak ada satu hari pun pernah aku pergi untuk program tersebut kerana mengejar masa untuk siapkan kerja. aku tidak menangguh, cuma pada masa itu kebetulan banyak kerja.
ya, semua orang ada kerja. tetapi aku tidak gila untuk mengorbankan masa tidur untuk menyiapkan tidur. waktu tidur ialah waktu tidur, wkatu kerja ialah waktu kerja.sedemikianlah aku sudah tetapkan dan sedemikianlah perlu dilaksanakan.
ya, aku tahu, aku tidak layak berbicara seperti ini. dalam pengakuan ini juga banyak kepincangan yang boleh didapati yang memudahkan kalian membidas hujah-hujahku. aku tidak berniat berhujah, tidak. cuma luahan perasaan semata-mata, dan aku bukan berniat merendahkan sesiapa, lebih-lebih lagi agama, cuma, beginilah perasaan yang terkandung dalam benakku kini. dan nyata, aku rasa macam aku ni jahat kot.

Comments