Skip to main content

Tertawalah, kerana seluruh dunia akan tertawa bersamamu. Jangan bersedih, kerana kamu bersedih sendirian

Positif sekali tajuk blog post kali ini ya?

Julung-julung kalinya saya cuba menulis dalam Bahasa Kebangsaan yang tertib. Selalunya saya menulis dalam Bahasa Inggeris yang bersifat slanga.

Ungkapan itu, mungkin tidak setepat mana seperti yang tertulis dalam buku yang dipetik ayat tersebut, tetapi, lebih kurang samalah maksudnya.
Saya baru sahaja selesai membaca tiga daripada tetralogi Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.

Nyata saya tidak dapat memberikan ulasan terperinci dari segi lenggok dan komponen sasteranya kerana dari dulu sampai sekarang, saya agak buta sastera Melayu. Walau bagaimanapun, saya masih dapat berkongsi pendapat mengenai buah fikiran yang ingin disampaikan  dan jalan ceritanya.

Buku pertama ialah Laskar Pelangi. Buku ini, setakat ini yang paling tebal dan mengisahkan perihal zaman kanak-kanak penulis. Rasanya sinopsisnya boleh dibaca dari sumber internet lain. Mengenai buku pertama ini, bagi saya, pacing (apa ya istilahnya dalam Bahasa Melayu?) ceritanya agak lambat, dan penerangannya sarat dengan nama saintifik tumbuh-tumbuhan dan istilah-istilah sains. (Mungkinkah kerana sudah lebih enam bulan bercuti otakku sudah sedikit lembab menerima lambakan maklumat? Oh, tidak. Nampaknya perlu 'dipanaskan' semula.)Ya, jika meneliti glosarinya memang banyak ilmu yang boleh didapati, terutamanya ilmu Biologi.

Saya mengambil masa paling lama untuk menghabiskan buku Laskar Pelangi. Banyak idea mengenai ekonomi dan sosial tempatan (bagi latar cerita tersebutlah, iaitu di Belitong, Indonesia) yang jelas ditampilkan dalam bentuk satira dan sarcasm mirip-mirip The White Tiger karya Aravind Adiga. Terdapat juga bahagian-bahagian menyentuh perasaan yang bertemakan potensi yang tidak tercapai. Secara keseluruhannya, ada bahagian yang 'efektif', dan ada bahagian yang sedikit membosankan. Beberapa analogi yang menarik dengan pemilihan kata-kata yang berkesan. Pada amatan saya, banyak hiperbola dan personifikasi. (ceh. masih ingatkah saya akan intipati kelas KOMSAS Cikgu Paridah?) Dari segi latar, walaupun saya bukanlah berasal dari kampung, tetapi 'terasa'lah juga nostalgia suasana kampung yang ingin dibangkitkan.

Buku kedua ialah Sang Pemimpi. Buku ini yang paling nipis, dan setakat ini yang paling menghiburkan kerana pacing yang lebih pantas dan babak-babak humor.

Buku ketiga ialah Edensor. Buku ini menceritakan mengenai pengembaraan penulis sebagai anak dagang. Latarnya berbeza daripada kedua buku sebelumnya kerana latarnya di Eropah. Kagum sungguh dibuatnya dengan ketabahan dan 'kesetiaan' watak Si Ikal dan Arai.

Ketiga-tiga buku ini saling bersinambungan antara satu sama lain. Cerita ini berdasarkan kisah sebenar penulis. Memang disarankan sebagai bahan motivasi yang cukup efektif untuk membakar semangat untuk belajar. (sungguh bersesuaian sekali memandangkan saya sendiri juga bakal sambung belajar tidak lama lagi. Moga-moga semangat itu terus berkobar!) Kini setelah habis membaca ketiga-tiga buku tersebut. Teringin pula membaca buku keempatnya, Maryamah Karpov sebagai peneman malam-malam yang sunyi sebelum tidur. haha.

*My God, my BM sucks.*

Comments

Abesa007 said…
macam mana saya boleh tak perasan post ni hahahah.

nice one

Popular posts from this blog

Spider-man

Firstly, I should make my biases clear, but I'm pretty sure it's obvious. I've seen the Sam Raimi trilogy and of course, I will be comparing it to the reboot. After all, the reboot came a little bit too soon after the trilogy. Most of what follows will probably just be my personal preferences and gripes. Warning, spoilers abound. 1. Peter Parker I liked the doe-eyed Tobey Maguire more as the day-to-day Peter Parker. He's the nerdy, unsure of himself, normal guy. Andrew Garfield's cheeky boyish look doesn't make me buy the Peter Parker-ness. Andrew Garfield looks like he belongs to some teen series. 2. Mary Jane versus Gwen Stacy I hated Kirsten Dunst's Mary Jane. She's completely helpless like the traditional damsel in distress and sometimes her whining about her relationship with Peter Parker, seems, idk, petty, and sometimes she seems to not understand his predicament of being Spider-man and not being able to be there for her all th

Memori Keropok Lekor

Setiap kali ada school trip ke SBP pantai timur di Pahang atau Terengganu (seingatnya, pernah mengunjungi SESTER-Perfect Score Zon Timur 2009, SBPI B. Rakit-HKSBP Zon timur 2008 kot? SHAH Pekan- HKSBP Zon Timur 2006, SESMA-bermalam untuk Sambutan Hari Guru Kebangsaan. Eh, who knows where the headgirl of SESMA 2009 is right now? and....tu setakat yang ingatlah tentang sekolah yang dikunjungi), kalau berkesempatan lalu Batu Buruk, mesti singgah beli keropok lekor. Best gila. Sekali beli mesti habis dalam RM 50, sebab beli untuk cikgu, untuk kelas, untuk ahli dorm. Sesampainya di kelas, keropok lekor akan dibahagikan untuk bahagian budak-budak (budak-budak?) laki and budak-budak perempuan. Di bahagian depan kelas, budak-budak laki dalam sekelip mata sahaja menghabiskan keropok. Budak-budak perempuan pula makan di meja belakang (selalunya meja akulah tu. Nampak sangat muka kuat "jjella", huhu). Kita makan 'cover-cover', konon ayulah kot. And then, berduyun-duyun pergi

My Blog Looks So GAYY Now

I love blogger's new toy: the template designer thannggg.. love the jelly beans!   I changed my blog name to Gambar Gajah (ARAHAN: sila teliti gambar rajah gajah di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya ) , just a random thought, and it's a funny name, but don't expect me to post pictures of elephants .   okay, just to commemorate the change of name, nah ..here's one snagged from the internet..     Gambar Rajah Gajah 1.1  Berapa kali blog ini sudah bertukar nama? _________________________________ (5 m) 2. Berapakah umur blog ini? __________________________________(5 m) Jumlah: __ / 10 m hahahaha, lawak..lawak..macam tak ada kerja je aku ni Alhamdulillah, Allah Maha Kuasa Keputusan Rayuan JPA PILN: Engineering, Canada International Canadian Pre-University (ICPU) 1 Tahun at Taylor's College, Subang Jaya