maaf, entri kali ini berbaur rojak dan tidak formal sama sekali. berhenti sejenak meluahkan perasaan terbuka. kerja bertambun itu memanglah, tidak boleh dinafikan. mula rasa tekanan masa dan kerja. walau bagaimanapun, aku cuba sedaya upaya untuk sentiasa updated dengan kerja. minggu ketiga ini nyata sudah menimbulkan kesan-kesan kepenatan pada diriku. hari Isnin, walaupun kutidur awal, tetapi silap tersedar lambat sedikit sahaja daripada biasa terpaksa beratur untuk menaiki bas. nyaris lambat dibuatnya. pada hari yang sama juga ada masa pembelajaran di makmal, maka berlari-lari pula ke makmal di main kampus daripada wisma subang jaya. kemudian pada petangnya pula, kelas tambahan bahasa Inggeris bermula, sesudahnya kelas tersebut, berlari pula ke main kampus untuk audition. Audition pula disuruhnya menari. rasanya tidak layak barangkali.haha. sebelah malamnya pula, ada program kerohanian di surau. honestly, aku tidak ikhlas berada di situ kerana hati gusar memikirkan lambakan ...